Kelas Asas ICT dan NADI Safe Shield Tahun Empat
19 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2024 (Rabu), pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Plaman Baki/Menaul telah pergi ke NADI Sungai Bandung untuk menyertai Smart Services iaitu NADI Safe Shield dan kelas Asas ICT sempena cuti penggal dua persekolahan. Seramai 15 orang pelajar telah menyertai kelas tersebut yang diadakan dua sesi iaitu pagi dan petang. Antara aktiviti yang dijalankan untuk kelas asas ICT ialah belajar menaip dan membuat kuiz.
Untuk aktiviti asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar bagaimana membuat carian di dalam Google. Pelajar-pelajar diminta untuk membuat carian bendera-bendera yang terdapat di Malaysia dan mereka dikehendaki untuk meletakkan gambar bendera tersebut di dalam Microsoft Words dan melabel nama bendera tersebut dengan menggunakan text box. Selain itu, petugas NADI telah menyediakan cerita pendek untuk pelajar-pelajar tersebut. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki menaip semula cerita pendek tersebut di dalam Microsoft Words. Ini bagi melatih pelajar-pelajar tersebut menaip dengan pantas.
Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sungai Bandung telah mengadakan kuiz kemerdekaan dan hari Malaysia di dalam Google Form. Pelajar-pelajar diminta untuk menjawab di dalam Google Form tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar juga belajar mengenal komponen komputer dalam Wordwall. Ini bagi memberikan pengenalan kepada pelajar-pelajar berkaitan asas komponen komputer yang perlu mereka ketahui.
Selain itu, pelajar-pelajar juga diberikan pendedahan awal berkaitan dengan asas keselamatan dalam talian semasa melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: